Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, November 17, 2016

Minor Operation pada Mata Ajwa

14th September 2016, Jumaat

Ajwa dijadualkan untuk menjalani minor operation akibat jangkitan kuman pada mata. Jangkitan ni berupa ketumbit yang berulang-ulang. Asalkan pecah, tak lama lepas tu akan tumbuh balik. Actually ada 2 tempat benjolan pada mata kirinya dan 1 tempat pada mata belah kanan. Exactly kat atas sikit daripada bulu mata kirinya ada satu ketumbit kecil yang sentiasa tumbuh dan pecah. Lagi satu tempat ada benjolan yang semakin lama semakin besar.

Shu dah pernah bawa ke Klinik harian dan Dr. kasi antibiotik, tapi tiada perubahan. Then, Shu cuba bawa ke klinik kerajaan, tapi this time doktor tak kasi apa-apa ubat dan terus kasi surat refer pakar. Tapi... doktor refer kat pakar Hospital Serdang. Aduhai... dah la Mr. Hubby nak balik Pakistan, nak Shu pergi sorang2, dengan si kenit ni, parking payah, menunggu lama. So, Shu hold dulu for sometimes. Tapi benjolan kat mata dia makin lama makin besar dan tak pecah2 amat merisaukan.

Bengkak pada kelopak mata

Finally, Shu decided nak bawa Ajwa ke KPJ Kajang since itu hospital terdekat dan Ajwa ada Insurance coverage. Without appointment,  Shu terus ke bahagian pakar, kat kaunter bagi tau apa masalah, nurse assign kepada Dr. Balbir. Selepas, pemeriksaan and based on history Shu dah pernah bagi antibiotik tapi tidak berkesan, Dr. cadangkan pembedahan untuk buang ketumbit tu. Doktor terangkan benda ni terjadi disebabkan liang pada kelopak mata tersumbat dan tak merbahaya pon. Tapi kalau dibiarkan, mungkin boleh mengganggu keselesaan penglihatan. Masa consultation doktor ada buat test tahap penglihatan Ajwa masa tu, and everything seems good. Tambahan pula, doktor cakap pembedahan akan dilakukkan pada kulit bawah kelopak mata, jadi tidak akan menjejas rupa luaran kelopak mata selepas pembedahan. Shu pon tak nak delay lama2, jadi proceed je dengan pembedahan yang dijadualkan 2 hari selepasnya.

Bermula tengah malam sebelum pembedahan, Ajwa dah mula berpuasa. Bangun pagi, Shu suruh dia minum air sebab last boleh minum air pukul 8 pagi, tu pon hanya air putih sahaja yang dibenarkan. 

Sebelum pembedahan. Focus pada mata Kiri.
Sampai hospital dalam pukul 8 pagi, nasib boleh dapat parking lagi. Terus register dan nurse bawa ke day care ward. Ajwa nampak tenang je sepanjang berada dalam ward, tak buat perangai. Maybe dia kecil lagi, tak paham erti gentar, takut atau seangkatan dengannya. 



Agak lama juga kitaorang lepak dalam ward, jenuh pujuk Ajwa suruh tido, nak elakkan dia dari ingat nak makan. Shu dan mak Shu pon keluar paginya tu dengan perut kosong. Nak makan pon kene sorok2 dari Ajwa. Botol air yang selalu diangkutya kehulu ke hilir pon Shu sorokkkan, jangan nampakkan kat dia. Akhirnya, lebih kurang sejam sebelum operation, tumbang juga.



Lebih kurang pukul 11 pagi, (awal dari masa yang dijadualkan), nurse datang untuk bawa Ajwa ke OT room. Untuk procedure bius Shu dibenarkan masuk. Kene bantu doktor untuk tenangkan Ajwa. Alhamdulillah... Ajwa sangat berkerjasama, tenang-setenangnya. Masa doktor nak lepaskan gas bius, Shu borak2 dengan dia sampai dia tertidur dan lepas tu Shu keluar dari OT room. Tak sempat Shu panas bontot duduk menunggu, nurse keluar, bagi tau operation dah selesai dan Ajwa dah pon terjaga. Nurse suruh masuk segara, sebelum dia nangis.


Shu masuk je, nampak dia kemamaian. Lagi satu yang Mama bangga dengan anak manja Mama ni, dia tak nangis pon masa terjaga daripada pembedahan. Temankan  dia kat dalam bilik OT sebelum di pindahkan ke day care ward. Menurut nurse yang ada semasa operasi pembedahan, banyak cecair kuning (nanah) yang dikeluarkan daripada kelopak matanya.

Lepas masuk day care, nurse sediakan roti, dan air coklat. Tapi Ajwa tak nak jamah pon, dia cuma nak air kosong. Time ni, kene pujuk dia makan pulak, kesian dari malamnya tak makan. Tanya macam2, akhirya dia cakap dia nak cookies. Turun lah Shu beli kat kedai bawah.

Masih boleh tersenyum

Kene stay sampai petang. Dia rehat, Shu pon rehat. Sunyi je day care ward tu walaupon ada beberapa orang lagi dalam tu.


Bila dah letih, Ajwa sambung tido.


Dah lewat petang, Doktor datang  bukakan balutan matanya. Nampak bengkak kesan daripada pembedahan. Doktor cakap amik masa 2-3 hari nak surut dan perlu monitor kalau2 keadaan bertambah teruk.. Doktor highlight ada 2 spot yg  berkemungkinan boleh membesar, 1 kat bawah mata, dan lagi satu mata belah kanan tapi kedua2nya masih kecik. Boleh jadi akan membesar dan boleh jadi mengecut.


As of now, nampak OK je. Mudah2an ia nya tak berulang lagi especially pada tempat yang sama.

10 comments:

  1. Salam kak.. Berapa lama kesan parut jahitan tu hilang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bengkak lepas operate tu surut, kesan jahitan tu tak berapa nampak sebab doc jahit kat bahagian dalam. So, sekarang ni nampak macam biasa je.

      Delete
  2. Salam kak operation mmg diorang bagi tido dulu ka.sbb ada orang kata operation x bagi bius tido pon

    ReplyDelete
  3. Hai awak, berapa kos operation tu ye?

    ReplyDelete
  4. Salam sis. Terbaca posting sis. Anak sy kene mcm anak sis. Bole tahu cost buat operate buang ketumbit tu berapa kat kpj kang?

    ReplyDelete
  5. Salam sis. Terbaca posting sis. Anak sy kene mcm anak sis. Bole tahu cost buat operate buang ketumbit tu berapa kat kpj kang?

    ReplyDelete
  6. kak nak tanya . berapa kos dia ye kak?

    ReplyDelete