Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, August 20, 2015

Come back :)

Rindu giler okay nak conteng2 kat blog ni. Tak tau nak cakap mcm mana setelah berbulan2 tak meninggalkan jejak kat sini, kalau mengandung pun dah bole keluar lagi sorang gamaknye. Hihihihihi...

Baru bulan ni rasa kelapangan sikit, boleh tarik nafas lega sikit setelah mengharungi 4 bulan yang super2 busy beez beez beez. Sesungguhnye terasa rugi2 sangat tak dapat nak share sepatah habuk kat dalam blog yang dianaktirikan ni, tambah pulak otak mak2 yang mudah sangat pelupanya, istilah #throwback tu macam payah je, tapi akan cuba la mana yang boleh.

Actually, waktu tengah menaip pukul 2.45 pagi. Serius tak tau kenape mata ni tak mo tido. Pikir punya pikir setelah menelan 2 keping roti bersapukan susu pekat dan milo... nyums nyums.. (tu sebab badan tak mo kurus) dan otak mula berfungsi, terus nak buka blog & nak update sesuatu. Tapi... nak update ape eh? 

Okay, kalau korang bacala, last entry pasal Shu resign kan... Memang jadik resign, elok je bulan Nov 2014 selamat meninggalkan company tu, then join company baru. Tapi.... bulan Feb 2015 Shu join balik... huahuahuahuahaaa.....

Ape issue dengan company yg telah Shu tinggalkan tu? Actually, rasa bersalah gak nak resign, sebab tau manager yang hire tu betul2 kasi peluang Shu belajar benda yang memang selama ni Shu cari dan kejarkan. Memang semuanya depan mata la, tinggal nak tak nak je. Tapi seriously hati ni macam tak de kat situ. Baru masuk keje, tapi Aura nak bekerja tu tak de. Actually, since 1st day, dah rasa out, lepas tu terbawak2 hingga ke hari seterusnya. On 1st day lagi, dah rasa clueless, lagi sadis masa 1st day tu, tak de sapa ajak lunch. Shu like what??? dah 3 kali Shu tukar keje since start keje tahun 2008, ni kali pertama lunch tak de orang ajak. Ha... mesti korang cakap... eleh... tu pun nak sedih, tak independent, cakap je la ape2 pun tapi ni 1st time kot rasa situasi macam ni. Shu pulak jenis tak suka makan sorang kat open place. Sebab bajet, confirm team at least, akan ajak makan2. Rupenye nan hado. kalau tau... siap2 bawak bekal. Disebakan peristiwa hari pertama tu, maka hari2 seterusnye... memang bawak bekal la. dan ada few reasons lagi la nape Shu nak chow. Sambil2 usha2 cari keje lain, tup tup manager company sebelum tu contact tanye khabar dah offer masuk balik, ape lagi, bagai pucuk di cita ulam mendatang la. Pendekkan cerita, masuk la balik company yang Shu keje sekarang ni, tapi bertaraf contract la, tu je opening yang ada. Tak pe la, doa2 ada rezeki untuk diserap semula. Masuk2 memang hazab la, involve dengan project untuk company split ni, 2 projects concurrent plak tu. But Shu happy je, willing je nak buat. for the past 4 months, memang life Shu upside down la. Mujur la ada support daripada insan2 yang ku cinta. Alhamdulillah...

Tu la Alkisahnya... So dalam minggu ni, kat opis team kitaorg buat potluck. Penganjur tak perasan, raya dah habis sebenarnya, ah... bantai je... yang penting makan. Photos kat bawah ni, boleh dikatakan, sebahagian besar team Shu sekarang, tapi lepas split nanti berpecah dua la kitaorang, ni pun sebahagiannye ada yang dah ke KL.

PS team Cyberjaya on Potluck day
The trio, gang gossip kat opis, tak pakat pun nak sama tema