Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, May 17, 2013

Birthday Party in the making

Birthday sape lagi???? Birthday budak bertual sorang ni la yg terpaksa di postponed berminggu2 lamanya.

Untuk ke-2 tahun
Masa Saqlain 1year, memang tak plan nak sambut pun dan berparty2. Kitaorang just spend time pergi bercuti. Buat party untuk dia pun, bukannye dia boleh enjoy, bukannye dia paham. Sekarang dah kenal kek, dah kenal ballon, dah suka nak berkawan, boleh la buat majlis untuk dia. 

Yang lebih2 sebanarnye, mamanye. macam2 dalam otak ni nak buat. Buat list macam list nak kahwin (tipu je... list nak kahwin lagi berjela2 panjangnye).

Decoration items for party.
Shu buat majlis ni kat rumah mak kat Port Klang, dah la jarang balik, ape yang shu boleh buat dan beli awal2 semua dah settle. 2-3 hari ni sibuk sikit nak settlekan ape2 yg patut untuk majlis tu, macam letak lebel kat gift, ape2 barang nak dibawa ke rumah mak, semua letak dalam kotak. 

Since rumah mak dah 2 kali kene pecah masuk, memang tak berani nak simpan ape2 barang kat rumah mak. Buatnye kene pecah masuk sebelum majlis, habis rosak plan. Tu yang jadi 2 kotak medium size nak diangkut ke rumah mak. Esok maraton lagi, pergi beli pasar beli barang2 untuk foodies, nak pergi kedai borong makanan ringan, nak pergi Giant, nak pergi plaza GM utk tambah gift lagi, takut tak cukup. Bertabahla mak buyong ni untuk hari esok. No worry, family tersayang sentiasa disisi dan baik hati menghulurkan bantuan.

Ok, layankan gambar latest Saqlain bercelak. dah lama tak tengok dia bercelak, tapi semalam babanye tekad letak celak kat matanya. Tak senang OK...

Celak
Later on Shu akan share dgn korang pasal majlis birthday Saqlain ni ye.

Monday, May 13, 2013

Saqlain 2 tahun

"2"

Dah lama tak cerita pasal si kecik sorang ni. Sekarang dah 2 tahun pun, tak leh panggil "baby". He is toddler already. Birthday saqlain 3rd May yang lepas, tapi baru hari ni sempat nak up cerita pasal dia.

Sebulan sebelum birthday Saqlain ade gak cuba2 tak bagi susu badan kat dia. Saqlain ni jenis kalau nak tidur malam, mesti nak bergantung dulu. So Shu cuba letak garam. Mula2 dia rasa masin2, reject, tapi tak puas hati punya pasal, dia cuba lap sampai kesan garam tu hilang dan sambung meyusu badan. Misi gagal di situ. Lagi satu, gagal melawan rayuan dan muka kesian Saqlain. Tapi sebaik masuk usia Saqlain 2 tahun, Shu tekadkan hati memberhentikan Saqlain daripada penyusuan susu badan. 
Shu sentiasa beritahu dia, "Saqlain is a big boy now, no more nenen".  ('Nenen' term yg digunakan Saqlain untuk susu ibu). 
Then he replied, "Nenen sin..."('Sin' = masin - ni akibat letak garam la, terus dia cakap air susu Shu masin.)". 
Sambung lagi sambil menepuk2 dadanya, "Boy....". (Maksudnye... dia sudah besar).

Alhamdulillah, sejak tarikh itu, dia dah tak mintak susu badan lagi, walaupun kadangkala dia ada mention pasal nenen. Sayu rasa hati mamanya ini. Bagi Shu, moment yang terbaik adalah bila menyusukan Saqlain (ha... kan dah menitik airmata ni bila mengenangkannye).

"I'm a boy"

Dari segi percakapan, sekarang ni Saqlain cuba menggunakan 2 perkataan dalam 1 ayat. Kalau dibandingkan kanak2 yang sebaya dengan dia, ada yang dah boleh bercakap laju 3-4 perkataan dalam satu ayat. Tapi Shu tak risau pun, sebab Shu tahu Saqlain sedang catch up dengan 2 bahasa, English & Malay languages. Bila Shu & Mr. Hubby tak de kat rumah, neneknya yg menjaganya. Jadi, bahasa Malaysia la pertuturannye. Bila kitaorang ada kat rumah, English yang akan kami gunakan padanya. Shu risau jugak kalau2 dia akan menghadapi masalah kekeliruan bahasa. So far, dia boleh faham kedua2nya. 
Saqlain tahu,
Banana =  Pisang
Clock =  Jam
Fan =  Kipas
Water =  Air
Sleep =  Tidur
dan... banyak lagi la. tapi kebanyakan vocab yang dikuasainya adalah berbahasa Inggeris. Mungkin sebab babanya yang rajin melayan dia membaca buku dan buku2 yang dibeli untuknya semua berbahasa Inggeris. I prefer him to communicate in English rather than Malay and I hope he can learn good English from his father. Bukannye bahasa Malaysia tak berkepentingan tapi realitinya masa kini, keperluan berbahasa Inggeris melampaui keperluan berbahasa Malaysia. 

"Smile"
Saqlain sekarang ni, dah pandai posing depan kamera. Kalau suruh senyum, dia akan senyum.  Kadang2 tu siap dengan gaya2nye sekali. Tak susah la nak amik gambar budak sorang ni. 

"Hero2 hati Shu"

Hari ini pula adalah hari lahir Mr. Hubby @ Baba Saqlain. Saqlain & babanya berkongsi bulan lahir.    Baba adalah kawan permainan Saqlain. Dia akan paksa Mr. Hubby main dengannya sampai puas. Sampai surrender baba dibuatnya. Untuk Birthday Mr. Hubby, tak de plan untuk celebrate ape2 pun. Sekarang ni busy dengan preparation Birthday Saqlain weekend ni. 

Hmm... how I wish to have the same birthday month with my daughter. Tapi rezeki Allah bagi lebih awal. Alhamdulillah... :)