Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, April 18, 2013

Petua hilangkan batuk ketika mengandung dari Mommy Annie

Sebelum ni Shu pernah mention yang Shu alami batuk2 yang Shu kira itu adalah alahan ketika mengandung. 1st pregnancy pun Shu alami alahan yang sama. Tak silap masa tu sampai 5 bulan baru nak hilang. Tapi pregnancy kali ni tak payah tunggu sampai 5 bulan, nak masuk 2 bulan tu, semakin teruk batuknye, sampai sakit2 dada dibuatnye. Ade je minta ubat batuk dari klinik, tapi still tak berani nak makan ubat batuk dan memang tak digalakkan pengambilan ubat batuk ketika mengandung.

Kebetulan Mommy Annie yang tengah mengandung ketika itu ada up entry cerita pasal alahan2 dia alami ketika mengandung. Dan Shu alami alahan yang sama dengan Mommy Annie. Jadi, Shu minta la petua dari Mommy Annie dan terus dia bagi link yang dia pernah up sebelum kat blog dia, http://oharameanfamily.blogspot.com/2012/08/merawat-batuk-yang-berpanjangan.html

Terus Shu cuba remedy yang disarankan. Kalau ikutkan remedy asal kene  rebuskan halia muda dengan Kurma merah. Tapi masa tu tak berkesempatan nak beli kurma merah. Kat rumah masa tu ada Instant Red Date & Longan tea. Jadi Shu rendamkan halia dengan campuran Instant Red Date & Longan tea bersama air panas untuk beberapa minit, then minum.

Halia Muda + Instant Red Date & Longan tea brand SUPER
Sekali minum, dah terasa perubahannye, tekak semakin lega dan kurang gatal2. Shu amalkan sehingga batuk dan sakit dada hilang. Ada la dalam 5-6 kali minum, sehari 2 kali minum. Sangat berterima kasih dengan Mommy Annie sebab petua ni sangat mujarab dengan Shu. Dan sebab itulah, Shu nak share remedy ini dengan readers blog ni. Mana la tau mommy2 preggy yang sedang membaca blog shu pun ada masalah yang sama dengan Shu kan. 

Kalau nak remedy yang betul, boleh refer kat blog Mommy Annie, entry merawat batuk yang berpanjangan. Selamat mencuba!


Wednesday, April 17, 2013

Update 2nd pregnancy

Alhamdulillah... minggu ni nak masuk 20/21 minggu pregnancy.... Tengok tu... minggu pregnancy pun tak confirm betul2. Ni lah akibatnye kalau tak ingat last date period, EDD pun tak confirm betul2 gak. Now, depend pada keputusan ultrasound je la. So far dah 3 kali buat ultrasound. Setiap hasil ultrasound memberikan keputusan yang berbeza-beza. Tapi tak lari banyak pun... +- 1/2 minggu je.

1st ultrasound - 4 weeks 3 days
EDD - 13/09/2013
Keadaan janin masih kecil, it's just a tiny dot

2nd ultrasound - 11 weeks 3 days
EDD - 08/09/2013 (a week earlier from the 1st scan)
Dah nampak bentuk kepala & badan

3rd ultrasound buat pada 20/03/2013 di KKIA menunjukkan Shu sudah 17 minggu pregnant dan EDD adalah 30/08/2013. Hmmm... tiap kali ultrasound EDD berkurang satu minggu.

Sekarang ni memang sesuai sangat nak buat detail scan. Appointment untuk detail scan pun belum set lagi, tapi tempat klinik berkenaan sudah dikenal pasti. Definitely masa tu, leh tau gender baby.

Sama macam 1st pregnancy, regular check up Shu buat kat KKIA je. Agak susah nak decide pada mulanya, sebab KKIA kat Batu 9 ni agak lembap perkhidmatannya. Nasib baik  manager sporting  bagi kelonggaran datang lewat ke office pada hari antenatal check up. Delay punya delay minggu ke 17 pergnancy baru terhegeh2 nak buat buku pink. Shu masih ada HB low problem for this time pregnancy. Sekarang ni tengah gigih makan sayur bayam hari2.

Lega rasanya alahan dah hilang. No more batuk2, no more pusing2 di petang hari, no more mual2 bila bau tumisan di dapur dan nikmat memakan ayam goreng juga sudah kembali. hehehehe... melantakk je lah kejenya sekarang ni, walhal nurse dah bagitau at this moment boleh gain 0.5 kg sebulan. Ni tak tau lah berapa kg dah naik. tunggu je la next check up.


Wednesday, April 10, 2013

Nak mengudi punya pasal, kene la postpone

PRU 13

Lihat poster di atas. Rasanya hampir semua orang dah tau kot, berita hangat hari ni, berita yang ditunggu2. Kat fb pun penuh friend update pasal benda ni. PRU-13 ni memang sangat mendebarkan. Shu pun baru first time nak mengundi. terasa gak bahangnye nak mengundi ni. Inilah masanya untuk kita menggunakan hak kita sebagai rakyat. Siapa pun yang akan memerintah, kita pasti mahukan yang terbaik.

Anyway, ini bukanlah reason utama Shu up entry ni. Sebenarnya 5 May tu Shu dah buat perancangan untuk menyambut Hari Lahir Saqlain yang ke-2. Disebakan mengundi, terpaksala postpone weekend yang lain. Now tengah mood excited plan birthday Party Saqlain :)

p/s: banyak sebanarnye cerita nak dikongsikan tapi jari jemari ini sangat berat untuk menaip. Sorry everyone.