Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, November 8, 2012

Operation buang bisul


Rabu 2 minggu lepas Shu ada naikkan post Wordless Wednesday: Warded. Tapi tak citer pun kejadian lanjut. Ramai yang tanya apa yang terjadi pada Shu, tak kira di blog, facebook mahupun kenalan disekeliling Shu. Terima kasih yang tak terhingga buat yang mereka yang mengambil berat pada Shu.

Actually, few months lepas lahirkan Saqlain, ada bisul timbul kat bawah lengan (Ketiak). Sepanjang hidup, tak pernah ada bisul timbul kat badan Shu. Tapi, lepas bersalin, banyak pulak bisul yang keluar kat badan. Dah pecah kat tempat ni, timbul plak kat tempat lain. Tapi bisul kat ketiak ni memang tak baik-baik. Bila pecah dan surut, tak lama lepas tu timbul semula. Selepas sebulan berlarutan, Shu jumpa specialist, dan memang doktor sahkan itu adalah bisul. Few times consult dengan doctor dan bagi variety of antibiotics, tapi semuanya tak berkesan. Doc cakap, bisul ni jadi mungkin disebabkan, peningkatan berat badan yang mendadak, tu Shu akui gak la, memang badan Shu naik mendadak lepas bersalin. Mungkin juga disebabkan penggunaan pisau cukur. Since that, Shu dah tak cukur lagi, wat waxing dan cabut aje. Doktor nasihatkan juga, untuk check kemungkinan diabetic, suruh minum air gula. Ishhhhh.... tak lalu lah.. cukup2 lah buat MGTT masa pregnant. Sudahnye, tak buat follow up lepas tu.

Shu ada search pasal bisul kat internet, memang ada kes yang perlukan pembedahan untuk buang bisul. Kes yang macam tu mungkin akarnya masih ada kat dalam, sebab tu bisul boleh timbul semula dan tak baik-baik. 

Shu memang seriau kalau pasal belah-belah ni. Jadi Shu cuba apa saja alternatif untuk baikkan bisul ni tanpa pembedahan. Tuam dengan air panas. Mak pulak ada belikan Alin-alin (taktau betul ke tak ejaannya macam ni, tapi mak sebut macam ni) dari kedai sensei. Mak cakap letak atas bisul, nanti bisul tu akan surut, tapi tak surut gak. Cuba juga ubat-ubatan herba yang dinasihatkan oleh pakar termasuk melakukan rawatan akupuntur. Untuk rawatan akupuntur tu, ada dalam 12 kali gak shu buat rawatan, tapi masih tak baik-baik. 

Bila tak baik-bawa ni, risau gak la. Takut nanti akan bawa ke masalah lain plak. Dah la bisul ni tumbuh kat sensitive area. At the end, Shu serahkan diri pada doktor, pergi klinik panel company dan doc refer pada Dr. Nathan, Senior surgeon kat Sri Kota Specialist Medical Center, Klang. Consult dengan dr. Nathan few times, try and error makan ubat yang doctor sarankan, ada sedikit perubahan, bisul macam mengecut, tapi tetap timbul, pecah, surut dan timbul balik. Bezanya, bila tumbuh tu tak menyeksakan sangat. 

Oh my goodness, you can't imagine seksanya bila bisul timbul kat area bawah lengan ni. Memang tak wujudlah istilah "selesa" sejak mula ianya tumbuh setahun yang lalu. Nak menahan sakit, bila bisul mula nak naik, lebih2 lagi bila bisul tu nak pecah. Bila dah pecah pulak, kene jaga dan kasi tampal supaya tak bersentuhan bila lengan dikepitkan. Bangun pagi, kene estimate lebih masa hanya untuk bersihkan this area. Dan lebih perit lagi, bisul ni ada di kedua2 belah bawah lengan Shu. Memang tabahkan je lah hati ni.

So, bila dah 2 kali cuba cuba ubat pun tak baik gak. Pembedahan merupakan alternatif terakhir yang Shu ada. Dengan hati yang tak berapa redha, Shu decide untuk operate buang bisul ni.

23 September 2012 yang lalu, terlaksana sudah pembedahan membuang bisul kat ketiak belah kiri. Shu buat belah kiri dulu, sebab tu yang nampak macam teruk sikit. Pertama kali buat pembedahan. Pertama kali masuk operation theater. Pertama kali masuk wad sebab ada masalah pada tubuh badan.

Berdebar je perasaan ni sebelum masuk ke bilik pembedahan. Sejuk rupanya bilik pembedahan tu, menggigil dibuatnye. Shu kene bius satu badan, jadi masa operasi pembedahan dijalankan, Shu tak sedar langsung. Tapi, lepas selesai operation, nurse kejutkan dari pengsan, time tu rasanya bius pun dah nak hilang, sakitnye tak usah nak cakap la, mengalir air mata ni dibuatnye. Shu kene stay kat wad 3 hari 2 malam. Dr. Nathan bagi mc 2 minggu.

Alhamdulillah, keadaan semakin selesa. Harap masalah ni pulih sepenuhnya dan tak berulang lagi. Still ada follow up check up. Doc cakap lepas 2-3 bulan baru operate buang bisul sebelah lagi. 

Bila badan dah ada masalah, hati mula resah. Mula fikir nak buat full body check up, nak jaga pemakanan dan amik supplement tambahan.



14 comments:

  1. seriau pulak yuyu dgr shu.. sabar la ye..Allah cuma uji hamba DIA, kalau DIA tahu hamba itu tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks yuyu, ini mungkin ujian dan peringatan dari DIA.

      Delete
  2. Replies
    1. Tak la besar mana. Tapinye asyik berulang je. bisul yg jenis ke dalam.

      Delete
    2. shu mcm mana skrg?? add fb saye...nak sembang dgn shu...

      Delete
    3. shu mcm mana skrg?? add fb saye...nak sembang dgn shu...

      Delete
  3. Alaa, kesiannya Shu. Get well soon ya. InsyaAllah mudah2an lps operate ni dah x keluar lagi. Dina pulak masa pregnant keluar bisul yg amat sakit kat peha... mashaAllah sakitnya bila berjalan peha berlaga kan... doctor said cos berat naik mendadak masa pregnant n gangguan hormones. so dina pun pasrah.. but lps bersalin terus hilang alhamdulillah. Shu interested nak try Herbalife? Dina skrg on Herbalife diet.. hehe... hopefully dptlah badan yg sihat n slim mcm masa kawin dulu... Shu try minum air bnyk2 at least 3-4 litres per day ya...

    ReplyDelete
  4. Sya selalu tumbuh bisul dekat hidung..besar pulak tu..die banyak mata..dekat mana ye boleh buat operation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Refer case doctor specialist dulu. nanti doc akan bg tau sama ada perlu operate atau tidak. sy buat operation buang bisul di hospital.

      Delete
  5. Krim mutiara bumi sgt berkesan untuk surut bengkak bisul atau jerawat..kecil boleh kecut n kering boleh kupil keluar terus hilang..yg besar surut bengkak kurang sakit n cepat masak jadi mata n cepat pecah keluar nanah..sebarang bengkak..lyr krimmutiarabumi.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Salam shu berapa total kos untuk pembedahan buang bisul masa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 4k++ gak la with 3 nights stay. Alhamdulillah... sampai sekarang bisul x timbul2 lagi kat area yg dibedah tu.

      Delete
  7. Sy pun mcm awk. Tp bisul sy nk sembuh tp dia timbul kt tmpt lain pulak. Skrg bisul yg ke 5. Selang 2 mggu

    ReplyDelete
  8. 2 kali da sy operate buang bisul d ketiak ..ttp tumbuh balik

    ReplyDelete