Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, November 1, 2012

Team outing at Lazer War Zone

19 Oktober 2012, Friday at IOI Mall, Puchong

This time Shu nak citer aktiviti dengan kawan2 opis sebab aktiviti yang shu join ini sangat menyeronokkan. Jarang shu citer pasal aktiviti opis kan? Kalau pasal keje yang stress memang takkan nye nak masuk entry, haruslah tak de mood nak menaipkan. Tapi benda2 yang fun, mesti rasa excited tangan ni nak menaip, cuma depend pada masa je sama ada meingizinkan atau tidak. Anyway, back to the topic, sekarang ni, tiap2 bulan team Shu ada aktiviti. Start with movie outing on July, tapi Shu tak join sebab masa tu bulan puasa, those yang muslim mesti la rushing nak balik rumah. Followed by Buka Puasa event kat Bora Asmara. Then the following month, csr activity, melawat Aghathians Shelter.

So, untuk bulan Oktober, kitaorang pergi Laser WarZone kat IOI Mall, Puchong. Mula2 received invitation pun dah excited. Shu hampir2 rasa macam tak pergi sebab time tu agak busy. Lagi pulak, the following week  Shu akan medical leave untuk operation. Jadi, haruslah siapkan ape2 keje patut sebelum MC panjang. Tapi bila semua gang dah pergi, takkan lah Shu nak dok opis sorang2. Ish ish ish.... tak patutu betul.....haruslah  kene pergi gak... zassssss

Lazer Warzone

Sebelum game bermula dan menunggu kawan2 yang lain sampai, kitaorang dok kat bilik menunggu. Tak ramai pun join untuk aktiviti ni, all together 11 of us, most of the managers busy. Kitaorang yang engineers ni pun busy gak, tapi dah diaorang yang arrange aktiviti, sape la gi nak memeriahkan aktiviti tu kalau bukan kitaorang ye tak. As long kerja yang patut disiapkan on that day itself dah siap, sudahlah kan.... hihihihihi

In waiting room
Depan (dari kanan) :- Me & Jothi
Belakang :- Dila & Jenny
Bila semua orang dah ada, kitaorang dibawa ke briefing room untuk diberikan explanation on the rules and regulations to play the game. Then each of us diberikan jaket dan laser weapon macam yang Shu pakai kat dalam pic bawah ni.

Ready for battlefield

Lampu-lampu yang menyala kat jaket tu merupakan target area. Ada 4 target area, depan, kiri dan kanan bahu. Kalau nak point banyak, shoot la kat belakang. Kat weapon tu ada sensor, kene pegang dengan kaedah yang betul, baru weapon tu boleh berfungsi dan dah boleh tembak musuh. Kat weapon tu jugak ada screen yang memaparkan nama weapon dan juga total score untuk berapa banyak shoot yang telah berjaya dibuat. 

Kitaorang main 4 sessi dan setiap sessi adalah dalam 10 minit.
1st round, shoot anyone of us sebab semua orang adalah musuh. 
2nd round, In team, randomly chosen.
3rd round, Men vs. Women.
4th round, Managers vs. Engineers 


Selesai setiap sessi permainan, jumlah markah setiap team akan dipaparkan pada screen LCD. Nama-nama yang tertera kat screen adalah nama pada weapon tau, bukan nama sendirik. So, jangan terpinga-pinga cari nama sendiri kat screen plak.

Score result for Managers vs. Engineers
Mestilah engineers yang menang... Magenta tu team engineers tau

Walaupun pertempuran cuma 10 minit, basah gak badan ni dibuatnye. In between the games, take a break jap, hilangkan kepenatan. Drinks and finger foods were provided.

break time
(picture credit to FB laserwarzone)

At the end of the session, haruslah ada sessi bergambar untuk kenang-kenangan. Staff kat situ yang ambilkan gambar kitaorang. Mana-mana pic yang ada watermark Laser warzone semuanya Shu amik dari FB laserwarzone.

All of us
photographer yang suruh shoot dia.
Tapi memang nak tembak dia pun sebab ini budak banyak tembak orang oooo...

Jadi, Yugen pun merelakan dirinya ditembak.hihihihi

Memang sangat having fun sangat on that day, release stress pun ada jugak. Ni first time Shu main laser tag, permainannya macam main paintball. Bezanya, ianya bermain dalam kawasan yang gelap dan kalau kene shoot pun tak sakit langsung. Tapi balik rumah, sakit sakit kaki gak, otot2 baru nak mengembang sebab banyak lari.... ha.... tu la padahnya kalau tak rajin exercise. 2-3 hari rasa lenguh2.

Turn aktiviti bulan November...Bowling tournament. pun suke jugak ;)

2 comments:

  1. Menarik jugak ni..selalu teringin nak main paintball, tapi tu lah..sejak ade anak..hajat terus terbantut..huhu

    Amy Shaklee recently posted on Cara Penyimpanan susu ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat menarik, should try kalau ada peluang. Shu dapat join laser tag ni pun sebab office event, kalau tak de event ni.. memang tak de la gamaknye.

      Delete