Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, July 9, 2010

8 perkara yang tak disukai on my BIG DAY

Postmortem untuk majlis yan berlangung ahad lepas, adalah beberapa perkara yang tak disukai. Mengeluhlah jugak sebab kahwin ni sekali seumur hidup, lagi pulak belanja kenduri ni guna duit sendiri, tak mintak sape2 pun. Jadi nak lah majlis ni berjalan seperti yang diinginkan. Cik Shu dah listkan beberapa perkara yang tak disukai masa majlis berlangsung, harap2 b2b yang baca boleh buat panduan daripada pengalaman cik shu.

1. Audio System dan DJ tak ikut itenary yang telah ditetapkan
Memang cukup tak berkenan dengan Audio system dan DJ hari tu. Banyak benda yang tak disukai tentang ni. Awal2 lagi dah spoil my day. Kumpulan marhaban tak habis lagi, dia dah pasang muzik. Tak alert langsung dengan perkara yang sedang berlangsung. Dah la tak reti control volume. Sampai tetamu pun tutup telinga sebab terlalu kuat. Then lagu2 yang dimainkan tak ikut ape yang aku sudah arrange kan. padahal CD2 dan itenary dah bagi. Satu lagu zapin pun tak berkumandang pada hari itu. Cik Shu suka sangat2 dengan tarian zapin Johor, tak dapat bawak penari2 zapin Johor menari kat majlis cik shu pun tak pe la, yang penting mainkanlah lagu zapin Johor tu masa majlis Cik Shu. mana lagu Joget? mana lagu melayu klasik yang sudah disusun itu? Harammmm... langsung non ada. Lagi satu, ada pulak mainkan kan ceramah politik ke ceramah ape ntah kat majlis itu. Ape tu bang oi?. Then main kan lagu separuh2 dan ulang semula. Pasal lagu kompang, dah la memang guna recorded kompang, tak payah la nak mainkan lagu kompang sebelum majlis. Akal ada tak boleh pk ke? Ini la namanya DJ diskaun. Tak harapla diskaun tu. Sebab tu la, benda yang berkaitan dengan service ni, cik shu tak suka mintak diskaun, nanti diaorang akan diskaun sekali service diaorang tu. Because of this, spoiled my mood on that day and my day turned to be not so wonderful.

2. Tiada Kompang masa pengantin berarak
Seminggu sebelum majlis baru dapat tahu, kumpulan kompang yang sudah dibooking tu tak boleh perform ikut waktu yang dikehendaki. Actually, kat sini ada salah faham skit sebab my mom yg booking kumpulan kompang tu tapi my mom tak confirmkan waktu untuk kompang dimainkan. Awal2 dulu, my sis dah nak jumpa orang tu tapi my mom plak tak bagi. Sudahnya, tak de la berkompang, guna recorded kompang je. Sangat lah tak best. Memang kesal sangat2 sebab nak sangat2 berarak guna kompang.

3. Rombongan Pengantin Lelaki datang lambat
Sepatutnya rombongan lelaki harus tiba sebelum 1 petang, tapi pukul 1 petang diaorang masih kat DUKE highway lagi. Ade ke patut. Aku pukul 11 makeup dah siap tau. Tetamu dah bising tanya pengantin. Tak pasal2 cik shu pun kene marah. Kesian para tetamu tertunggu2. Sudahnya tak sempat nak jumpa semua tetamu yang hadir. Memang dah budget rombongan hubby akan lambatnyer la. Hari nikah bulan lepas pun dia lambat gak. Ishhhh....

4. Tak guna "DOME" untuk tetamu khas
Cik shu dah request nak guna hidangan dome untuk meja tetamu (meja bulat). Set tu pun dah memang ada kat rumah. tapi on that day, dome set tak guna, yang diaorang guna mangkuk2 yang bersepah kat atas meja. Adalah sangat tak cantik ok. Bila tgk kat pic ni baru aku perasan. nasib baik dome set tu orang sponsor, kalau sewa, mahu cik shu mintak diaorang bayar balik.

5. Papan penunjuk arah tak diletakkan dengan betul.
Inilah masalahnya kalau harapkan orang buat keje. Macam mana lah b2b tak jadi bridezilla. Kita harapkan orang buat keje, tapi buat keje tak betul2. Masa majlis, banyak terima complaint dari tetamu sebab tak jumpa rumah. So the next day after kenduri, jalan2 sekitar rumah, memang tak jumpa banyak pun papan penunjuk arah. Kat turn yang penting tak diletakkan papan tanda. Alahai... kesiannya tetamu2 cik shu. Minta maaf lah sangat2. Andai diberi kesempatan dan masa yang lebih sebelum majlis, memang cik shu sendiri nak pacak atau gantung papan tanda tu.

6. Bride's maid buat keje half way @ runaway bride's maid
Kesian pengantin perempuan that day sebab bride's maid lari masa makan beradab. Nasib baik ada best main a.k.a pengapit pengantin lelaki nun, dialah yang tolong hidangkan makanan untuk pengantin. Tapi masih memerlukan bride's maid gak la masa tu untuk beberapa perkara. Sudahnya pengantin perempuan yang terjenguk2 dan terjerit2 mintak tolong dari orang lain. Tengokla pic kat bawah tu, bride's maidnye non ada.

Ni dia Nurul, anak sedara aku yang lari lepas upacara bersanding, sweet macam maksunye kan? ahaks

7. Official Photographer (OP) datang lewat dan balik awal
Ni tak boleh nak dielakkan la, pagi2 hujan dah tentu OP tak boleh datang awal. Jadi gambar2 orang sedang marhaban tak dapat nak amik. Then OP kene balik awal sebab pukul 5 kene pergi kedah, ada kursus. Aduhai, terkejar2 dibuatnya. Dah la pengantin lelaki datang lambat, lepas sanding semua kene cepat2. Makan beradap kene cepat, potong kek cepat2, amik gambar pun cepat2. Gambar dengan family tak banyak dapat amik. Ingatkan lepas majlis tu boleh la buat outdoor shoot kat Tanjung Harapan. Hmm.. melepas. Nasib baik lepas nikah hari tu dah amik gambar puas2. Kesalnya, tak sempat nak sambut birthday mak masa majlis tu dan amik gambar untuk sambut majlis mak. Mak pun tak bagi tau awal2 nak sambut2 birthday masa majlis, kalau tak boleh rombak semula itenary. Tau2 pagi2 dah ada kek birthday.

8. Kumpulan bertugas buat kerja tak habis dan biarkan tuan rumah selesaikan semuanya.
Pukul 4.30 petang semua orang2 yang bertugas dah berkumpul dan meeting untuk serah tugas pada tuan rumah. Aper case??? Ni la sebab nya awal2 lagi tak nak buat majlis dekat rumah, sebab tau dah orang2 kat situ buat kerja macam mana. Dah rasa penatnya masa majlis anak sedara 2 tahun lepas. Dah la khemah masak bersepah, bawah canopy tak berkemas. Orang rumah dah memang masing2 kepenatan dari sebelum majlis lagi. Alih2 balance2 keje nak diserahkan kat tuan rumah. Kesian dengan family cik shu. Diaorang bersungguh2 menjayakan majlis ni. Tapi tu la, dulu nak buat kat dewan dan guna khidmat catering my family yang tak nak. Dah tu pengantin pulak yang kene kemaskan. Dah la pengantin dah penat cari duit bertahun2, bila jadi raja sehari kene buat keje pulak.

Apa2 pun, cik shu sangat hargai tenaga yang dikeluarkan oleh seisi keluarga. Sayang sangat2 my family, walaupun disebalik majlis ini ada berlaku pelbagai insiden dan timbul macam2 isu, family tetap family. Sayang korang sangat2.

2 comments:

  1. sian cik shu kte...xpela..xde pekara yg perfek pun kt dunia ni..yg pnting ko bhgia dgn suami yg trcinta....

    ReplyDelete
  2. ihklaskan la diri terhadap kekurangan. Yang penting, doa dari pada hadirin agar kebahagiaan anda berdoa kekal ke akhir hayat.

    ReplyDelete