Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, May 14, 2010

Pho Hoa, Tropicana City Mall

Cik Linda tak berapa sihat dan dia nak makan makanan bersup. Then, she decided to go to Pho Hua Restaurant. Ini kali ke-3 Cik Shu menjejakkan kaki di Pho Hoa. Kalau dah datang berkali2, maknanya sedap la tempat tuh.

Pho Hua merupakan Restoran Vietnam dan daripada pengetahuan saya, "Pho" bermaksud mee dan "Hua" membawa maksud Harmoni. Jadi, jelas dan nyata, Pho Hua menawarkan makanan berasaskan mee. Kebanyakan orang yang Cik Shu nampak, mereka akan order mee sup. Dan sebelum2 ni pun Cik Shu memang order mee sup je. Sedap... Mee tu, bukan mee kuning tu tau tapi mee putih. Ha... ape mee putih tu? pk la sendirik. Tapi selain tu, nasi dan makanan2 tanpa sup juga disediakan. So, sape2 yang yang tahu makan vietnam macam mana, mesti tau betapa sedapnya daging kat dalam sup tu. Kalau tak makan daging, ayam pun ada.

So, kat belakang menu tu ada panduan kepada bahan2 bagi menu yang dipilih baik dari segi pemilihan mee, herba-herba dan bahagian2 daging.


Egg Cakes dihidangkan bersama sos ikan. Kene makan dengan sos sebab rasanya tawar. Makanan ni rasanya pelik skit, sebab kat menu dinyatakan ia dibuat daripada ayam, tapi bila makan rasa ikan.

Memang rasa serai bila gigit ayam tu.

Cik Linda order "Pho Tai Nam" a.k.a Steak Flank Pho. Hidangan ini akan didatangin dengan cili potong, daun basil, daun ketumbar dan taugeh. Sebelum makan masukkan semua bahan2 kat dalam piring, kemudian perah hirisan limau. Hmmm.. baru umphh.. makan panas2.
Memandangkan Cik Shu tengah beratkins, maka Cik Shu order chicken salad. Kerapok tu Cik Shu tak makan k.
Dessert pun ada disediakan, dan dessert yang disediakan memang lazat2 belaka. Tapi kali ini kitaorang tak order.

6 comments:

  1. sedap tak semua makanan ni?x nah rs makanan vietnam g

    ReplyDelete
  2. mcm best jerr,..sup2 boleh laa makan kan,.mcm2 ade tuu

    ReplyDelete
  3. Mia: sedap dan menyihatkan.
    myoliza: sup2 boleh la makan, tapi jgn makan mee nye, karbo tu.

    ReplyDelete
  4. ooooo....bley try gak pegi situ...penah pegi tropicana city mall tu tapi xpenah g mkn kat situ...tengok wayang jer...tmpt pon nice...xramai org n xcrowded sgt kan... :D

    ReplyDelete
  5. Dzik, kat situ kalau nak gi tengok wayang memang syok. org tak ramai.tak crowded.

    ReplyDelete
  6. tapi skng ni aku ade jumpa lagi satu tmpt wayang mmg xramai org langsung...selayang capitol...dekat jer ngan umah aku....ngehhehehehe...boleh kira beb berapa org yg menonton...ade skali tu aku tengok citer avengers, 7 org jer termasuk aku anak beranak....hahahaha...lagi syok... :P

    ReplyDelete