Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, May 17, 2010

Mesyuarat keluarga untuk kenduri nikah kahwin

Alhamdulillah, weekend lepas Cik Shu dan adik beradik berkumpul dan berbincang untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan kurang daripada 2 bulan daripada sekarang. Fuhh.... banyak nak kene buat, lepas ni tiap2 minggu cik shu kene turun naik kl-p.klang.

Sebelum ini, Cik Shu runsing sangat macam mana nak uruskan majlis ni, nak ketering ke masak sendiri?. Tu yang cik shu risau, sebab, makan2 ni yang menelan kos terbesar. Bajet cik shu tak la besar pun, seboleh2 nya cik Shu nak meminimumkan perbelanjaan. Cuba tanya, perempuan mana yang tak ada impian perkahwinan idaman? Cik Shu ada impian perkahwinan jugak, tapi cik shu bersyukur dengan apa yang ada, mungkin Allah tak nak bagi Cik Shu rezeki banyak2 masa ni sebab tak nak Cik Shu berlebih2an. Itu boleh mendatangkan riak.

Jadi, kami adik2 beradik memutuskan untuk masak sendiri bagi menjimatkan kos. Nasib baik aku ada abang ipar yang pandai masak dan memang biasa memasak untuk kenduri kahwin. Majlis bertandang anak sedara aku 2 tahun lepas pun dia yang masak. Alhamdulillah, habis lauk pauk. Habis 1 part. Jadi kami adik beradik telah membahagi2kan tugas;

Cik Shu - Kad Jemputan, Andaman + Pelamin, Photographer, Souvenir Tetamu (Kanak2 & Dewasa), Kek Kahwin
Emak - kompang, kumpulan Marhaban
Along - Runner, penyusun atucara majlis
Alang & Abang Lang - Makanan kenduri + Hidangan Pengantin
Abang & Kakak Ipar - Canopy
Apis - Sound system (sponsored)

Listed ni, perkara2 basic je. Buat masa ini, Cik shu hanya berdoa agar apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Sebuah majlis yang simple dan sempurna dan tidak berlebih2an. Bukan majlis besar2an yang cik shu harapkan. Cik Shu cuma ingin semua ahli2 keluarga cik shu gembira di hari besar nanti. Dan pastinya mereka mahu yang terbaik untuk majlis ini sebab majlis ini adalah majlis perkahwinan penutup dekat rumah itu.



4 comments:

  1. cik shu... tempahan kad dah buat belom.. lagi 2 bulan je nie.. kang tak sempat... masa ain kawen pon budget sgt kecik.. tapi kita org try minimizekan utk bende2 yang buleh mcm paper beg kita org dapat harga 35sen, kad jemputan 25sen. walau murah tapi kualiti sgt tip top...

    ReplyDelete
  2. Belum lagi la ain, weekend ni baru nak pergi tempah. Hari biasa tak sempat la nak buat. Wah... murahnya kad, mana beli tu? Shu nak tempah untuk 500 keping je.

    ReplyDelete
  3. teringat cik shue cerita pasai persiapan ni..mia pun akak buat persiapan last minute juga pe..huhu.

    wah lg 2 bulan tu..ble tarikhnya nikah?

    ReplyDelete
  4. Mia, Insyaallah, nikah lagi 2 minggu. Majlis lagi kurang 2 bulan. Doakan semua berjalan dengan lancar yer.

    ReplyDelete